SESI PERKONGSIAN PROJEK KUMPULAN KREATIF DAN INOVATIF (KIK) MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN DI MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi sesi perkongsian Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang berlangsung di MPPD.
Sesi ini diketuai oleh Encik Mohammad Norazlan bin Othmany@Othman, Pengarah Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD dengan penglibatan Jabatan Perancang Bandar MPPD serta Jabatan Pelesenan MPPD. Seramai 30 orang pegawai yang merupakan ahli KIK Jabatan Perancang Pembangunan MBS dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MBS telah hadir dalam sesi ini. Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Syed Mohd Fitri bin Syed Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perancang Pembangunan MBS.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi perkongsian, pertukaran pandangan serta mendapatkan cadangan penambahbaikan bagi projek KIK yang akan menyertai Pertandingan KIK & AINS anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2026.






