LAWATAN TURUN PADANG BERSAMA YANG DIPERTUA DAN SETIAUSAHA MPPD DI TAMAN DAMAI, PORT DICKSON
Pada 18 Jun 2026, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid bersama Setiausaha MPPD, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, telah mengadakan lawatan turun padang ke Taman Damai, Kampung Paya, Port Dickson bagi meninjau isu longkang di kawasan tersebut, di mana longkang sedia ada didapati tidak dapat mengalirkan air dengan baik sehingga menyebabkan air longkang sentiasa bertakung.
Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca permasalahan serta meneliti cadangan penyelesaian yang bersesuaian bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan lebih efisien dan dapat mengelakkan masalah takungan air berterusan di kawasan berkenaan.
Lawatan ini turut disertai oleh Ahli Majlis Zon 13, Encik Faizal bin Abdul Ghapar dan Ahli Majlis Zon 10, Encik Muhammad Izzat Isam bin Bunandar, serta wakil daripada Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan MPPD dan Jabatan Perancang Bandar bagi meneliti cadangan penambahbaikan serta tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.






