LAWATAN PEMERIKSAAN KIOS DI PANTAI CAHAYA NEGERI
Pada 17 Jun 2026, Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke kios-kios perniagaan di kawasan Pantai Cahaya Negeri.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau tahap pematuhan syarat-syarat lesen perniagaan, memastikan kebersihan kawasan premis sentiasa terjaga serta menilai aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada peniaga untuk mendapatkan penerangan serta khidmat nasihat berkaitan peraturan pelesenan yang berkuat kuasa.






