PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENIAGA-PENIAGA MEDAN IKAN BAKAR MPPD KAMPUNG TELOK, PASIR PANJANG SEMPENA KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH PBT 2026
Port Dickson, 24 Jun 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta SWM Environment Sdn. Bhd. Cawangan Port Dickson telah mengadakan Program Gotong-Royong Bersama Peniaga-Peniaga Medan Ikan Bakar MPPD Kampung Telok, Pasir Panjang sempena Kempen Premis Makanan Bersih PBT 2026.
Program ini turut melibatkan penyertaan para peniaga Medan Ikan Bakar MPPD Kampung Telok, Pasir Panjang dalam usaha mempertingkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselesaan kawasan perniagaan makanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran, pembersihan longkang, pengumpulan sampah serta pengindahan kawasan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif kepada para pengunjung.






