26 Jun 2026
SUMBANGAN BUBUR ASYURA DARIPADA PIHAK HOTEL ROYALE CHULAN, SEREMBAN
Port Dickson,26 Jun 2026 - Majlis Perbandaran Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hotel Royale Chulan Seremban atas sumbangan Bubur Asyura yang telah diagihkan kepada warga MPPD.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak hotel dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki.
Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.






