HAIWAN SITAAN HABIS DILELONG
Port Dickson, 2 Julai 2026– Jabatan Penguatkuasaan MPPD telah melaksanakan sesi lelongan awam bagi haiwan sitaan (kerbau). Bersama jabatan yang terlibat, Jabatan Kewangan MPPD dan Jabatan Pelancongan Korporat dan Komuniti MPPD membantu menjalankan lelongan ini.
Hasil daripada lelongan tersebut, kesemua 7 ekor kerbau berjaya dilelong kepada seorang pembeli dengan jumlah hasil lelongan sebanyak RM13,500.
MPPD turut menasihatkan semua penternak agar sentiasa peka, bertanggungjawab dan memastikan haiwan ternakan dipantau dengan baik supaya tidak berkeliaran atau dibiarkan di kawasan awam.






