LAWATAN PERIKSA HARTA OLEH JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA(JPPH) MPPD DI KILANG ANTMED BANDAR SPRINGHILL BAGI TUJUAN PENGENAAN CUKAI TAKSIRAN.
Port Dickson, 2 Julai 2026 – Pasukan JPPH MPPD yang diketuai oleh Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Sr Hafizi bin Jamil telah mengadakan lawat periksa harta di Kilang Antmed yg baru disiapkan di Bandar Springhill.
Lawatan ini telah disambut oleh Pengurus Besar(GM) Antmed Malaysia Sdn Bhd iaitu Mr. Lee Kang Lang, En. Ahmad Danial Bin Ahmad Yusri, General Affair Executive Antmed, serta wakil pihak perunding Mr. Ang.
Lawatan tapak ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan terhadap keadaan fizikal bangunan, mengenal pasti dan mengesahkan jenis bangunan serta fungsi penggunaannya dan ini akan disusuli dengan kerja-kerja penilaian untuk pengenaan cukai taksiran yang akan dilaksanakan kelak.






