04 Jul 2026
KERJA-KERJA MEMBUKA PAPAN TANDA USANG / ROSAK DI TAMAN BAYU INDERA DAN BANDAR SPRINGHILL, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berhubung adanya papan tanda usang dan rosak di Taman Bayu Indera dan Bandar Springhill, Port Dickson pada 4 Julai 2026.
Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD segera melaksanakan kerja-kerja membuka papan tanda tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.






