TAKLIMAT PENGENDALIAN MAKANAN KEPADA PENIAGA MEDAN IKAN BAKAR MPPD SEMPENA KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH PBT 2026
Port Dickson, 21 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan Taklimat Pengendalian Makanan kepada Peniaga Medan Ikan Bakar MPPD Sempena Kempen Premis Makanan Bersih PBT 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tanjung 4, Tingkat 2, Bangunan Terminal Bas Port Dickson.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran para peniaga mengenai aspek keselamatan makanan, kebersihan premis, pematuhan terhadap keperluan kesihatan awam serta amalan pengendalian makanan yang selamat demi melindungi kesihatan pengguna dan meningkatkan imej sektor makanan di Port Dickson.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah mengikuti taklimat berkaitan keselamatan dan kualiti makanan, selain menerima pendedahan mengenai garis panduan pemasangan serta penggunaan perangkap minyak (grease trap) yang betul bagi membantu mengurangkan pencemaran, mengelakkan saluran perparitan tersumbat, serta memastikan sistem perparitan sentiasa berfungsi dengan baik.
Selain itu, pihak majlis turut mengambil inisiatif menyediakan Kaunter Pendaftaran FoSIM Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khusus kepada peniaga-peniaga Medan Ikan Bakar Kampung Telok, Pasir Panjang dan Medan Ikan Bakar D'Jetty, Port Dickson. Inisiatif ini bertujuan memudahkan proses pendaftaran pengusaha makanan ke dalam sistem FoSIM, meningkatkan kadar pematuhan terhadap keperluan KKM serta memastikan semua pengendali makanan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dari aspek keselamatan dan kualiti makanan.






