LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK PROJEK PEARL COMPUTING MALAYSIA SDN. BHD
Cadangan Membina Pusat Data Yang Terdiri Daripada Fasa 1A, Fasa 1B dan Bangunan Sementara (Rumah Pekerja)
Jabatan Kawalan Bangunan, MPPD telah melaksanakan lawatan pemeriksaan berkala tapak projek Pembangunan Pusat Data bagi Tetuan Pearl Computing Malaysia Sdn. Bhd untuk tujuan permohonan khas mula kerja awal serta pemeriksaan bagi permohonan yang telah diluluskan oleh pihak MPPD
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat kelulusan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson






