UJIAN BERTULIS BAGI PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N9, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5, PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1 DAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1
29 Julai 2026 - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah berjaya melaksanakan Ujian Bertulis bagi Pengisian Jawatan Pegawai Tadbir Gred N9, Penolong Pegawai Tadbir Gred N5, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 dan Pembantu Kesihatan Awam Gred U1 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Ujian bertulis yang bermula dengan sesi pendaftaran seawal 7.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang telah dijalankan dengan lancar melibatkan calon-calon yang berjaya melepasi tapisan awal. Meskipun jumlah permohonan yang diterima amat menggalakkan, hanya calon yang memenuhi syarat serta berjaya melalui proses saringan yang ditetapkan oleh MPPD telah dipanggil untuk menduduki ujian bertulis bagi keempat-empat jawatan tersebut.
Sepanjang pelaksanaan, semua sesi ujian berlangsung dengan teratur, lancar dan berjaya tanpa sebarang permasalahan hasil kerjasama urus setia, pegawai bertugas serta para calon yang memberikan komitmen yang tinggi.






