BENGKEL DOKUMENTASI SERTA SEMAKAN RISIKO DAN OBJEKTIF KUALITI SPK ISO 9001:2015
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan Bengkel Dokumentasi serta Semakan Risiko dan Objektif Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015 pada 4 hingga 6 Ogos 2026 bertempat di Guest Hotel Port Dickson dengan kerjasama pakar rujuk daripada SIRIM.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid,Yang Dipertua MPPD dan YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD sebagai tanda komitmen pihak pengurusan tertinggi MPPD dalam memperkukuhkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di MPPD.
Antara pengisian bengkel adalah semakan dan penambahbaikan dokumentasi, penilaian risiko serta penyelarasan objektif kualiti bagi memastikan proses kerja lebih teratur, berkesan dan sentiasa ditambah baik selaras dengan keperluan ISO 9001:2015 serta semakan keperluan di MPPD bagi persediaan MS ISO 9001:2026 yang baharu.
Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan MPPD kepada warga serta pengunjung Port Dickson.






