Lawatan ke Sambutan Hari Landskap Negara 2026
Melaka, 6 Ogos 2026 – Satu lawatan kerja telah diadakan oleh warga kerja Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar, MPPD bagi menghadiri Sambutan Hari Landskap Negara 2026 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.
Lawatan ini menghimpunkan pelbagai pameran, inovasi dan idea baharu dalam pembangunan serta pengurusan landskap.
Lawatan ini juga memberi peluang kepada warga jabatan untuk meninjau konsep reka bentuk landskap, pemilihan spesies tanaman, elemen landskap lembut dan kejur yang lebih kreatif.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan ke arah penyediaan landskap yang lebih menarik, lestari dan memberi manfaat kepada masyarakat






