OPERASI PEMUSNAHAN KAWASAN PEMBIAKAN VEKTOR DAN AKTIVITI LARVASIDING DI TAMAN SRI PARIT, LUKUT
Port Dickson, 11 Ogos 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan operasi pemusnahan kawasan pembiakan vektor dan aktiviti larvasiding di Taman Sri Parit, Lukut.
Hasil siasatan mendapati kawasan berkenaan merupakan tanah milikan bersama yang tidak diselenggara dengan teratur. Keadaan tanaman terbiar, semak samun serta sistem saliran yang tidak sistematik berpotensi menjadi tempat pembiakan vektor pembawa penyakit.
Keadaan tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam, malah berpotensi menjejaskan keselesaan, kebersihan dan kesejahteraan penduduk di kawasan sekitar.
Dalam operasi berkenaan, Unit Perparitan dan Longkang MPPD turut memberikan bantuan dalam kerja-kerja pembersihan kawasan serta melaksanakan semburan larvasiding bagi memusnahkan tempat pembiakan dan menghapuskan jentik-jentik.






