MESYUARAT PENUH & MAJLIS APRESIASI PENGHARGAAN AHLI MAJLIS MPPD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Mesyuarat Penuh yang merupakan sesi terakhir bersama barisan Ahli Majlis sedia ada.
Seusai mesyuarat, Majlis Apresiasi dan Penghargaan Ahli Majlis MPPD turut diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam bersama-sama mendukung aspirasi dan pembangunan perbandaran Port Dickson.
MPPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli Majlis atas khidmat bakti, pandangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang menjalankan amanah.






