JUALAN RAHMAH DI DEWAN BESAR MPPD
Pelaksanaan Jualan Rahmah di Dewan Besar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) merupakan cetusan idea dan inisiatif YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid,Yang Dipertua MPPD,dalam usaha membantu masyarakat setempat serta warga kerja MPPD untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.Program ini telah berlangsung secara meriah dan telah dihadiri oleh ramai komuniti tempatan serta warga kerja MPPD.
Inisiatif murni ini diharap dapat memberi manfaat kepada warga Port Dickson dan warga kerja MPPD, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.Program jualan rahmah ini juga akan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya sehingga hujung tahun 2026.






