PENYERTAAN KONTINJEN MPPD DALAM PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1448H/2026M
25 Ogos 2026 (Selasa) - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menyertai Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1448H/2026M bertempat di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kontinjen MPPD diketuai oleh Sr. Hafizi bin Jamil dengan kekuatan seramai 42 orang peserta melibatkan Pengarah, Ketua Unit dan kakitangan MPPD. Turut bersama, Tuan Hasnor bin Ab Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson.
Penyertaan kontinjen MPPD dalam perarakan ini merupakan tanda sokongan dan komitmen pihak Majlis dalam menjayakan sambutan Maulidul Rasul di peringkat Negeri Sembilan. Selain itu, penglibatan ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja MPPD.






