31 Aug 2026
KONTINJEN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON – KAWAD KEMERDEKAAN 2026
Seramai 50 orang kontinjen mewakili Majlis Perbandaran Port Dickson dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan.
Penyertaan kontinjen ini mencerminkan komitmen dan semangat warga MPPD dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, di samping membawa nama serta imej Majlis melalui disiplin, kekemasan dan semangat patriotik sepanjang perbarisan.
SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026






