KONVENSYEN REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) WILAYAH TENGAH 2026
Konvensyen Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2026 bertempat di Swiss-Garden Hotel, Genting Highlands.
Konvensyen ini melibatkan dua buah negeri Wilayah Tengah iaitu Negeri Sembilan dan Selangor.
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan Jabatan Pelesenan (JPL), Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyertai konvensyen tersebut bagi tujuan memperkasa penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat khususnya di Daerah Port Dickson.
Projek RKB yang telah dibentangkan oleh JPPH adalah bertajuk "Mempercepatkan Proses Pindahmilik Cukai Taksiran dari 14 Hari kepada 7 Hari" manakala Projek RKB bagi JPL pula bertajuk "Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Lesen Berisiko dari 30 Hari Bekerja kepada 7 Hari Bekerja Melalui Pelaksanaan Lesen Perniagaan Sementara Bertempoh".
Melalui konvensyen ini juga, pelbagai input baharu telah diperoleh berkaitan penambahbaikan perkhidmatan dan usaha mengurangkan kerenah birokrasi terhadap perkhidmatan kepada rakyat selari dengan aspirasi "PERMUDAHKAN RAKYAT".






