Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, bersama Setiausaha MPPD, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, telah mengadakan lawatan turun padang ke Pantai Cahaya Negeri bagi menyelaras perancangan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur pelancongan di kawasan berkenaan.
Lawatan ini turut disertai oleh barisan Pengarah jabatan teknikal MPPD serta pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Perancang Bandar MPPD.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MPPD dalam memperkukuh penyelarasan antara jabatan bagi memastikan aspek infrastruktur, landskap, kemudahan awam dan persekitaran diberikan perhatian secara menyeluruh.
Pendekatan bersepadu ini penting bagi merancang penambahbaikan yang teratur, berkualiti dan berkesan demi keselesaan pengunjung serta kepentingan pembangunan pelancongan setempat.
Seiring dengan aspirasi menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan yang unggul dan berdaya saing, usaha menaik taraf infrastruktur di Pantai Cahaya Negeri diharap dapat menyerlahkan keindahan pesisir pantai serta memperkukuh daya tarikan destinasi ini.






