Penilaian Semula
- Membuat Penilaian Semula ke atas Pegangan Berkadar setiap 5 tahun sekali atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- Mengeluarkan Notis Penilaian Semula, tidak kurang 42 hari dari tarikh kuatkuasa.
Pindaan Senarai Nilaian
- Mengenakan Cukai Taksiran ke atas harta-harta baru yang belum dikenakan cukai taksiran dan mengemaskini Nilai Tahunan Sedia Ada (Cukai Taksiran sedia ada) apabila terdapat perubahan pada pegangan, pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
- Mengeluarkan Notis Pindaan Senarai Nilaian, tidak kurang 30 hari dari tarikh kuatkuasa.
Bantahan
- Menerima bantahan secara bertulis tidak kurang 14 hari bagi Penilaian Semula dan 10 hari bagi Pindaan Senarai Nilaian dari tarikh kuatkuasa.
- Menyelaras Mesyuarat Mendengar Bantahan mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang diadakan 6 kali setahun.
- Menghantar surat panggilan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima surat bantahan.
- Menghantar surat Jawapan Keputusan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah dalam tempoh tujuh hari (7) selepas pengesahan pada Mesyuarat Penuh MPPD.
Permohonan Pindahmilik
- Proses Pindahmilik (pertukaran hakmilik), alamat surat menyurat dan pengemaskinian maklumat akaun dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima (bergantung kepada maklumat lengkap dari pemohon).
Permohonan Pertukaran Alamat Surat-menyurat dan Kemaskini Maklumat Akaun
- Proses pertukaran alamat surat menyurat dan pengemaskinian maklumat akaun dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
Permohonan Semakan dan Pengesahan Cukai Taksiran
- Proses pengesahan cukai taksiran dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan dterima (bergantung kepada maklumat lengkap dari pemohon).
Permohonan Remisi (Elaun Kekosongan)
- Lawat periksa ke atas harta akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh permohonan diterima.
- Semakan susulan dibuat sebanyak dua kali setiap bulan sehingga tamat tempoh penggal yang dituntut.
- Pengiraan remisi akan mengambil kira tempoh permohonan diterima.
- Cadangan elaun kekosongan yang layak akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Cukai Taksiran MPPD pada bulan Ogos (permohonan bagi penggal pertama) dan bulan Februari (permohonan bagi penggal kedua).
- Jumlah remisi yang telah diluluskan akan disahkan di dalam Mesyuarat Penuh MPPD dan seterusnya akan dikreditkan daripada akaun.
- Surat makluman akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Mesyuarat Penuh MPPD.
Permohonan Penyewaan Gerai & Pasar MPPD
- Memberi maklum balas dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Makluman keputusan permohonan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh Temuduga (Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Harta).
- Mesyuarat temuduga pemilihan penyewa gerai dan pasar diadakan setiap dua (2) bulan (Januari, Mac, Mei, Julai, September & November).
Maklum Balas bagi Lain-lain Semakan & Pertanyaan
- Memberi maklum balas terhadap lain-lain semakan dan pertanyaan berkaitan penilaian dan pengurusan harta dalam tempoh 7 hari.
Maklum Balas Terhadap Aduan Awam
- Memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
- Penyelarasan aduan kepada Jabatan / Bahagian yang berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.