MENU

Terdapat sebuah makam tua serta batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir dipercayai bekas peninggalan orang dahulu kala.

Di dalam kompleks ini terletak sebuah makam tua serta sebatang nisan batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu kala. Kubur lama ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.

Pada masa dahulu, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan kecil yang menjadi tempat perhentian kapal-kapal dan perahu. Keliling makam itu diikat dengan ketul-ketul batu empat segi berturap simen setebal dua kaki. Bahagian tengahnya tidak berturap dan ditumbuhi busut kecil.

Di kiri-kanannya terdapat dua binaan tembok batu empat segi yang digunakan sebagai meja tempat meletakkan surat-surat dan kitab-kitab. Pada bahagian kepala makam itu, terletak satu tempat bara membakar kemenyan. Di sini juga terletak sebatang tiang batu empatsegi. Tiang batu ini tingginya tiga kaki sebelas inci.

LOKASI
Pekan Pengkalan Kempas, Port Dickson

MAKLUMAT LANJUT

Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335