AMANAT YANG DIPERTUA MPPD KEPADA KONTINJEN PERBARISAN MPPD
13 Ogos 2026 | Padang Merdeka, Port Dickson- Kontinjen perbarisan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang terdiri daripada anggota Jabatan Penguatkuasaan MPPD telah memperlihatkan tahap kesiapsiagaan dan disiplin mereka di hadapan YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid,Yang Dipertua MPPD serta YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD.
Dalam amanatnya, Yang Dipertua MPPD menyeru agar seluruh anggota terus mengekalkan semangat berpasukan, saling bekerjasama dan mengutamakan kebersamaan dalam melaksanakan apa jua tugasan yang dipertanggungjawabkan.
Beliau turut mengingatkan agar setiap warga MPPD menyemai jiwa merdeka dalam diri, berani bersuara, yakin membuat keputusan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah demi kepentingan organisasi dan masyarakat. Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi keberanian untuk berfikir, bersuara, bertindak dan memikul amanah bersama





