BENGKEL PEMANDUAN BERHEMAH
Kursus Pemanduan Berhemah telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada 1 hingga 2 Julai 2026 dengan penyertaan seramai 40 orang pegawai MPPD daripada pelbagai jabatan yang menggunakan atau mengendalikan kenderaan rasmi jabatan.
Sepanjang dua hari pelaksanaan kursus, peserta telah mengikuti sesi teori dan latihan amali yang merangkumi aspek pemanduan berhemah, pematuhan undang-undang jalan raya, pengurusan kenderaan rasmi, pengurusan risiko serta penyelenggaraan asas kenderaan.
Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian bagi memperkukuh budaya kerja yang mengutamakan keselamatan, integriti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
MPPD komited untuk terus memperkasakan kompetensi warga kerja melalui pelaksanaan program pembangunan kompetensi yang berkualiti demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan berintegriti.





