Sekitar 2,000 peserta daripada 39 PBT seluruh Malaysia telah memeriahkan kejohanan ini dengan pelbagai acara sukan seperti golf, dart, petanque dan sepak takraw yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Bagi acara golf yang berlangsung pada 18–19 April 2026 di Berjaya Hills Golf & Country Club dan Awana Golf & Country Club, seramai kira-kira 200 peserta telah mengambil bahagian.
MPPD telah menghantar pasukan golf yang diwakili oleh Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini (Setiausaha MPPD), Encik Amirul Azmir Izham bin Azizan, Encik Muhammad Azizul Rahim bin Kamarudin dan Encik Mahadir bin Ahmad bagi kategori berpasukan, terbuka dan VIP.





