02 Mei 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT POKOK TUMBANG DI BANDAR PD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan dari orang awam mengenai pokok tumbang di Bandar PD berhampiran sekolah pada 2 Mei 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan keselamatan orang awam di kawasan tersebut terjamin.





