07 Mac 2026
KERJA-KERJA MEMBUKA DAN MEMBAIKPULIH SEMULA RAILING YANG TELAH ROSAK
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berhubung adanya rel penghadang(railing) yang patah dan rosak di hadapan Kiosk Saujana Walk,Batu 4 Port Dickson pada 7 Mac 2026.
Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD segera melaksanakan kerja-kerja membuka dan membaikpulih semula railing tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.





