KERJA-KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG TERSUMBAT DI RUMAH RAKYAT TELOK KEMANG (FASA 1), PORT DICKSON
Port Dickson, 18 Jun 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang dan semak-samun di kawasan Rumah Rakyat Telok Kemang (Fasa 1) susulan aduan awam yang diterima.
Hasil pemeriksaan mendapati pertumbuhan pokok liar, semak-samun serta mendapan tanah telah menghalang aliran air di dalam longkang utama. Keadaan ini menyebabkan aliran air menjadi perlahan dan berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk serta habitat vektor yang boleh mengancam kesihatan awam.





