KUNJUNGAN MAJLIS DAERAH TAMPIN KE MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Jumaat, 26 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima kunjungan kerja daripada Majlis Daerah Tampin yang diketuai oleh Encik Zulhimi bin Marzuki bagi sesi perkongsian ilmu berhubung pelaksanaan Caj Fi Lestari.
Sesi perkongsian ini memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan, tatacara pengurusan, proses kerja serta pengalaman MPPD dalam menguruskan Caj Fi Lestari sebagai rujukan kepada pihak MDT.
MPPD berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat, idea dan panduan kepada pihak MDT dalam membangunkan serta memperkukuhkan proses kerja pelaksanaan Caj Fi Lestari di organisasi mereka, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.





