Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendalian Bahan Kimia di Tempat Kerja selama dua hari dengan penyertaan warga kerja daripada jabatan, bahagian dan unit berkaitan.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhammad Bazlan bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPPD merangkap Setiausaha JKKP MPPD, pada 13 Oktober 2026.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran warga kerja terhadap aspek keselamatan pengendalian bahan kimia, khususnya pengenalpastian bahaya, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), penyimpanan bahan kimia yang selamat serta langkah pencegahan kemalangan dan pendedahan kepada bahan berbahaya di tempat kerja.





