KURSUS PENYELENGGARAAN – PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN POKOK BANDAR SECARA VISUAL
Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan – Pemantauan dan Pemeriksaan Pokok Bandar Secara Visual bertempat di PD Forest @ Sungai Menyala. Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini (13 - 14 Oktober 2026) telah disertai oleh seramai 30 orang pegawai dan kakitangan jabatan.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan penyelenggaraan pokok ameniti mengikut amalan terbaik arborikultur.
Kursus dikendalikan oleh CA. Mohd Afendi bin Hussin seorang Arboris Bertauliah melalui sesi teori dan latihan lapangan yang merangkumi pengenalan spesies dan karakter pokok, pemantauan kesihatan pokok, teknik pemangkasan, pengurusan pokok tumpang serta pemeriksaan dan pengenalpastian ciri-ciri kelemahan pokok.
Turut bersama dalam menjayakan kursus ini bagi sesi di lapangan iaitu CA. Abdul Razak bin Mohamad Rom, Encik Shahimi bin Ismail dan CA. Farhana binti Yusope.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai serta kakitangan dalam pemantauan dan pemeriksaan pokok bandar, seterusnya menyokong pengurusan landskap yang lebih sistematik, selamat dan mampan.





