LAWATAN ADUAN DI TAMAN AMAN
Lawatan aduan isu banjir di Taman Aman telah diadakan pada 10 Mac 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi bagi meninjau keadaan semasa di lokasi serta mengenal pasti punca permasalahan yang berlaku.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Dato' Chiew Chi Kin, wakil Pejabat Parlimen, Puan Tan Kui Cheng, Ahli Majlis, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, serta Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti (JPM) sebagai urus setia aduan.
Melalui lawatan ini, pihak jabatan dapat melihat sendiri situasi sebenar di lapangan serta menyelaras tindakan susulan dan langkah penyelesaian yang bersesuaian bagi menangani isu banjir di kawasan ini daripada berulang.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam memastikan setiap aduan rakyat diberi perhatian serius serta diambil tindakan sewajarnya demi kesejahteraan penduduk setempat.





