LAWATAN BERSAMA ADUN LINGGI KE PASAR LINGGI, PORT DICKSON
Pada 12 Ogos 2026, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan ke Pasar Linggi, Port Dickson bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pasar.
Lawatan diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD, bersama pegawai Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD.
Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Mohd Faizal bin Ramli, ADUN Linggi merangkap EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah.





