LAWATAN BERSAMA PEMAJU BARU BAGI CADANGAN BAIK PULIH BANGUNAN SEDIA ADA
Cadangan Tambahan Ubahsuai Resort/Hotel di The Grand Beach Resort, Batu 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Jabatan Kawalan Bangunan, MPPD telah melaksanakan lawatan pemeriksaan di tapak bersama pemaju dan perunding pada 21 Ogos 2026 bagi mengenal pasti permohonan yang sesuai untuk digunakan bagi kerja baik pulih bangunan tersebut. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk melihat kerosakan dan keadaan semasa bangunan tersebut.





