LAWATAN BERSAMA TUAN YANG DI-PERTUA KE LADANG AYAM NS AGRICULTURE SDN BHD
Majlis Perbandaran Port Dickson melalui Jabatan Perancang Bandar telah mengadakan lawatan turun padang ke ladang ayam yang dimiliki oleh NS Agriculture Sdn Bhd
Lawatan ini diketuai oleh YBhg.Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD bersama TPr Ahmad Hashim Bin Bakar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPPD serta diiringi oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Pegawai Unit Pusat Setempat (OSC), MPPD.
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau keadaan di lokasi serta mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan pengurusan sebuah ladang ayam (penelur).
Ladang ayam tersebut berkeluasan 41.18 hektar dengan kapasiti ayam sebanyak 876,784 ekor ayam dan mampu mengeluarkan hasil telur sebanyak 430,000 biji telur sehari.
Hasil dari lawatan ini juga mendapati bahawa ladang diuruskan dengan baik, teratur dan bersih.





