LAWATAN BERSAMA TUAN YANG DI-PERTUA KE PUSAT PENJAJA SEMENTARA MEDAN REMIS JALAN PANTAI
Majlis Perbandaran Port Dickson melalui Jabatan Pelesenan telah mengadakan lawatan turun padang ke pusat penjaja sementara di Medan Remis,Jalan Pantai bagi meninjau tapak yang akan di naiktaraf kemudahan insfrasturkur bagi kemudahan peniaga.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg.Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD bersama Encik Muhammad Zaki bin Yahya, Pengarah Jabatan Pelesenan MPPD serta diiringi oleh pegawai Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar.
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau keadaan di lokasi serta mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan aspek pelesenan, kejuruteraan dan landskap.





