LAWATAN KE INTEGRATED COMMAND CENTRE (ICC) MPPD OLEH MAJLIS DAERAH TAMPIN
Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Puan Suriani Binti Salihan bersama beberapa orang kakitangan MDT telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Port Dickson pada 1 April 2026.
Lawatan ini diadakan khusus bagi meninjau Integrated Command Centre (ICC) MPPD sebagai pusat pemantauan bersepadu yang menyokong aspek keselamatan, pemantauan dan pengurusan bandar serta pelancongan secara lebih efisien.
Yang Dipertua MPPD, Tuan Hasnor Bin Abd Hamid dan Setiausaha MPPD, Encik Mohd Azizul Hakim Bin Zaini serta pengarah-pengarah MPPD turut hadir bagi menyambut kehadiran delegasi Majlis Daerah Tampin.Taklimat serta penerangan khusus telah diberikan berkaitan fungsi dan peranan ICC kepada delagasi MDT.
Pihak MPPD amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi serta perkongsian pandangan dan idea dalam usaha memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan daerah dalam pelbagai aspek disamping menjalinkan kerjasama yang erat diantara pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan.





