Jabatan Kewangan bersama Bahagian Sistem Maklumat, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang melibatkan Jabatan Pembangunan Masyarakat & Pelancongan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Lawatan ini diadakan bagi tujuan Sesi Pembelajaran Sistem Fi Lestari, sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan sistem yang digunapakai oleh MPPD.
MPPD amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan sentiasa terbuka dalam berkongsi kepakaran demi manfaat bersama.
Delegasi lawatan telah diketuai oleh:
• Encik Saiful Azuar bin Hj. Ahmad Jadi – Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan
Turut hadir: • Encik Muzaffar bin Mokhtar
• Encik Mohd Izad Farhan bin Mohd Fauzi
• Puan Rasida binti Abdul Rahim
• Puan Nurul Fauziana binti Jamaludin
• Cik Nurfatin Alya binti Norhadi Suffian





