LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 29 September 2026. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Ybhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua dan di iringi oleh Ybrs. Encik Mohd Azizul Hakim Bin Zaini, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa Teknikal Bandar Pintar, Mampan dan Selamat yang di urusetia oleh Jabatan Perancang Bandar, MPPD. Delegasi seramai 25 orang ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu dan perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan indikator – indikator pelaksanaan ‘Developing Smart City’ Di Bandaraya Johor Bahru. Taklimat telah disampaikan oleh Gs. Ts. Ir. Dr Choo Kok Wah, Komander Unit Bandar Pintar, Majlis Bandaraya Johor Bahru.





