LAWATAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK DAN LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PENGINDAHAN (LAMPU HIASAN) DI DATARAN TELOK KEMANG, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan pokok serta lawatan tapak bagi cadangan pengindahan (lampu hiasan) di Dataran Telok Kemang, Port Dickson pada 28 April 2026.
Lawatan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD bagi memastikan kontraktor melaksanakan kerja mengikut spesifikasi dan penentuan kawasan untuk cadangan lampu hiasan di Dataran Kemang.





