LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE
CADANGAN MEMBINA SEBUAH PUSAT PERUBATAN DAN FAKULTI PERUBATAN UCSI UNIVERSITI (BILIK MAKMAL PERUBATAN DI TINGKAT BAWAH BLOK 5) BAGI TETUAN UCSI HOSPITAL SDN. BHD.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Sebuah Pusat Perubatan dan Fakulti Perubatan UCSI Universiti (Bilik Makmal Perubatan di tingkat bawah blok 5) pada 06.07.2026 di UCSI Hospital Sdn. Bhd.
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson





