LAWATAN PEMERIKSAAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN DI SKIM STRATA DAERAH PORT DICKSON
PORT DICKSON 9 Oktober 2026 - Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan lawatan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran di Kondominium PD Marina View Villas, Port Dickson.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau aspek keselamatan kebakaran serta keadaan sistem pencegahan kebakaran di bangunan strata bagi memastikan aspek keselamatan penghuni sentiasa diberi perhatian.
MPPD komited untuk terus bekerjasama dengan JBPM dan pihak pengurusan bangunan strata dalam meningkatkan tahap keselamatan, memastikan penyelenggaraan sistem pencegahan kebakaran diberi perhatian sewajarnya serta mewujudkan persekitaran kediaman yang selamat dan selesa untuk semua penghuni.





