LAWATAN PENANDA ARAS KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) MPPD KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
23 Julai 2026, Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).
Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohammad Norazlan bin Othman@Othmany, Pengarah Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD bersama barisan ahli KIK MPPD dan telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai di Unit Korporat dan Perhubungan Awam & Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Puan Afra' Fardillah binti Zaimustapar, Penolong Pengarah, bersama Puan Suhana binti Mohd Soib, Pegawai Teknologi Maklumat.
Lawatan ini menjadi platform untuk berkongsi buah fikiran, bertukar pendapat, berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan projek inovasi masing-masing.





