LAWATAN PENANDA ARAS MPPD KE MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
Pada 16 April 2026 (Khamis), delegasi daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Subang Jaya, Selangor. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Siti Nor Afizah binti Mohd Sarif, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPPD, bersama penolong - penolong pegawai dan pembantu tadbir Jabatan Kawalan Bangunan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi cara kerja terbaik berkaitan:
1. Penggunaan sistem dalam dan tatacara proses permohonan kerja-kerja kecil, tambahan ubahsuai, permit awning, bangunan sementara dan lain-lain permit berkaitan.
Selain itu, delegasi MPPD turut berpeluang melihat sendiri operasi bilik kawalan (Subang Jaya Vibrant Command Centre) yang menjadi pusat penyelarasan data dan maklumat bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada komuniti. Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung kepada penggunaan teknologi pintar dan sistem pemantauan bersepadu yang dilaksanakan dalam pengurusan bandar pintar.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi perbincangan santai dan perkongsian pengalaman bersama Pengarah Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya En. Nor Azmi bin Hj. Mohd Rosli yang banyak memberi inspirasi kepada MPPD untuk memperkukuh cara kerja dalam memproses semua jenis permohonan dengan lebih efisien.
MPPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang amat bermakna ini. Diharapkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh ke arah perkhidmatan perbandaran yang lebih cemerlang dan berimpak tinggi. Diharapkan lawatan ini dapat memberi inspirasi serta membuka ruang kepada MPPD untuk terus memperkasa inisiatif pendigitalan dan pengurusan bandar secara lebih efisien demi kesejahteraan warga Port Dickson.





