LAWATAN PENGESAHAN SIAP KERJA BAGI PROJEK MENAIKTARAF PUSAT PENJAJA DI JALAN MAHAJAYA, PORT DICKSON
Tarikh : 19 Oktober 2026
Lokasi : Jalan Mahajaya, Port Dickson
Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan pengesahan siap kerja bagi Projek Menaiktaraf Pusat Penjaja di Jalan Mahajaya, Port Dickson.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPPD, Encik Mohamad Mohaiyaddin bin Hasin bersama Penolong Jurutera dan pihak kontraktor bagi menilai serta mengesahkan kerja-kerja yang telah dilaksanakan agar menepati skop, spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan.
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan MPPD dalam mempertingkatkan kualiti kemudahan awam serta menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih selesa, selamat dan kondusif demi kesejahteraan para penjaja dan pengunjung.





