LAWATAN PENGGREDAN HOTEL DI KOMPLEKS BAITULHILAL, KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON
Lawatan yang telah dijalankan pada 10 Jun 2026 ini telah diselaraskan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Negeri Sembilan (MOTAC) bersama para pegawai dari Jabatan Pelesenan MPPD , Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , Tourism Malaysia serta Malaysian Association of Hotels (MAH).
Tujuan penggredan ini dijalankan adalah untuk menilai dan mengiktiraf tahap kualiti perkhidmatan , keselamatan dan standard fasiliti yang disediakan bagi meningkatkan hak pelancong dan meningkatkan daya saing industri pelancongan hotel-hotel yang beroperasi di Malaysia.
Melalui penarafan penggredan ini juga dapat meningkatkan keyakinan pelanggan , memperkukuhkan standard industri hotel serta memastikan pengusaha sentiasa mengekalkan tahap kebersihan , keselamatan dan profesionalisme menyampaikan perkhidmatan.





