LAWATAN TAPAK BAGI PELAKSANAAN KERJA-KERJA NAIK TARAF TAMAN PERMAINAN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan tapak bagi pelaksanaan Kerja-kerja naik taraf taman permainan di Taman PD Utama Fasa 1 & 2, Taman Selasih, Taman Bayu Indera, Taman Nila Aspira dan Taman Bunga Emas, Port Dickson pada 10 Jun 2026.
Lawatan ini telah diselia dan diselaraskan oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar MPPD bersama pihak kontraktor.
Lawatan bertujuan untuk memastikan kerja - kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik mematuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.





