LAWATAN TAPAK BAGI UTILITI DAN NETWORK SCANNING BAGI LOKASI BAHARU SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI KAWASAN MPPD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Lawatan Tapak bagi Utiliti dan Network Scanning bagi lokasi baharu Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) pada 13 Ogos 2026 melibatkan 10 lokasi di kawasan MPPD. Lawatan ini bertujuan mengenal pasti rangkaian tersedia, kedudukan dan keadaan utiliti sedia ada di kawasan cadangan pemasangan CCTV bagi memastikan kerja pemasangan dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.





