12 Ogo 2026
LAWATAN TAPAK SERAHAN KAWASAN BERSAMA PEMAJU
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan tapak serahan kawasan Bayu Sutera Precint 4 Fasa 1 pada 12 Ogos 2026.
Lawatan ini telah diselia dan diselaraskan oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar MPPD bersama Matrix Property selaku pihak pemaju.
Lawatan bertujuan untuk memastikan projek telah siap sepenuhnya dan mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan sebelum serahan projek kepada pihak MPPD.





