MPPD di Pentas Anugerah Inovasi Negeri Sembilan 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MPPD yang telah menyertai dan mewakili Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN) 2026 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada 27 hingga 29 Julai 2026 bertempat di Arena Premier Hotel.
Dua kumpulan KIK MPPD yang telah membawa nama MPPD ke pentas AIN 2026 iaitu:
1. Kumpulan Sinergi Innovators
Ahli Kumpulan terdiri daripada Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti & Bahagian Teknologi Maklumat
Projek Inovasi: Aplikasi Sinergi MPPD
2. Kumpulab CalcNova
Ahli kumpulan terdiri daripada Unit Pusat Setempat (OSC), Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan & Jabatan Perancang Bandar
Projek Inovasi: Tranformasi kelulusan Pelan Bangunan
Penyertaan ini membuktikan komitmen MPPD dalam memperkukuh budaya inovasi melalui penghasilan idea kreatif dan penyelesaian berimpak yang menyokong peningkatan kecekapan organisasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Tahniah kepada seluruh ahli kumpulan atas usaha, dedikasi dan semangat berpasukan yang dicurahkan. Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan terus menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga MPPD.





